Bersediakah Rumah Kita Menerima Rasulullah Sebagai Tetamu
RM10.00
Tiada Stok

Nombor Isu:

87

Tarikh Terbit:

Jan, 2016

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Rumah ialah antara nikmat Allah terbesar. Allah sendiri mengingatkan: "Allah menjadikan rumah-rumah sebagai tempat bertenang untuk kamu."(Al- Nahl 16: 80)

Namun tidak semua merasakan begitu. Sebaliknya ramai yang mengeluh. Walhal orang yang tidak bersyukur jiwanya sempit. Maka dia akan merasai sempitnya kehidupan. Duit yang banyak dirasakan tidak cukup-cukup. Dikelilingi kemudahan pun masih dirasakan payah. Apa lagi rumahnya yang luas pun pasti dirasakan sempit.

Luas-sempit atau selesa-rimasnya sesebuah rumah bukan hanya berkaitan keadaan fizikalnya. Sering kali hal ini berkaitan selesa atau rimasnya si penghuni rumah dengan Allah. Orang yang bersyukur pasti merasakan rumahnya luas walaupun rumahnya tidaklah sebesar mana.

Jiwanya luas. Maka luaslah dirasakan kehidupannya. "Alhamdulillah, saya ada rumah."

Rumah yang hakiki bukanlah dibina dengan kuantiti harta tetapi dengan kualiti jiwa. Itulah tempat yang terbaik yang kita rindu untuk berada di dalamnya. Lihatlah istana dan vila milik selebriti, penguasa dan hartawan terkenal dunia. Semuanya serba lengkap, canggih dan mewah. Namun, di sana tidak ada ketenangan sehingga para penghuninya terpaksa bergantung pada arak dan dadah untuk mengubat hati yang gundah.

Rumah kita di dunia hanya tempat persinggahan yang sementara. Namun bagi orang yang beriman, ada "syurga yang disegerakan" yang mesti dinikmatinya sebelum menikmati syurga yang kekal abadi di akhirat nanti. Ertinya, jalan menuju syurga di sana bermula dari sini. Rumah kita di dunia inilah seharusnya menjadi tempat kita menjana semangat, membina ibadat dan membangunkan ketakwaan bagi mendapat syurga yang hakiki.

Sebagaimana rumah ialah nikmat di dunia, rumah juga nikmat yang ditawarkan Allah di syurga. Sebagaimana dapat memiliki lebih daripada sebuah rumah ialah nikmat bonus di dunia, begitu juga Allah menawarkan pelbagai skim untuk kita menambah rumah di syurga. Usah lepaskan peluang ini.

Isu-isu bulan ini

Inilah Rumah Bayangan Syurga

Setelah bermusafir sekian lama atau selepas penat seharian bekerja, kita ingin segera pulang ke rumah. Kita ingin berehat dan menikmati suasana yang nyaman dan tenang. Aman dan tenteram. Ini fitrah manusia justeru di rumahlah tempat kita melepaskan segala kelelahan dan ketegangan. Seperti ikan pulang ke lubuk, seperti burung balik ke sarang, maka begitulah setiap manusia yang pulang ke rumahnya

Bukan Begini Rumah Mukmin

Jika Allah berkati, rumah yang kecil pun dirasakan besar. Jika sebaliknya, sebesar mana pun rumah, tetap ada sahaja yang dirasakan tidak kena. Berikut beberapa unsur yang tidak patut sama sekali wujud pada rumah Mukmin.

Beginilah Baru Rumah Mukmin

Berikut beberapa ciri lazim sebuah rumah Mukmin. Andai Rasulullah masih hidup, semoga Baginda sudi bertandang ke rumah kita. Atau setidak-tidaknya usaha kita mewujudkan rumah sebegini menjadi amal soleh yang boleh kita jadikan sebagai perantara doa kepada Allah. 

Nostalgia Rumah Nabi

Tidak salah berusaha mendapatkan rumah yang lebih selesa. Tidak berdosa melengkapkan isi rumah dengan apa-apa sahaja perabot yang diperlukan. Itu semua nikmat yang wajib disyukuri."Katakanlah siapa yang berani mengharapkan perhiasan Allah yang dikeluarkan untuk hamba-Nya, begitu juga rezeki yang baik-baik ?" (Al-A'raf 7:32)

Promo