Bagaimana Jadi Baik?

Nombor Isu:

88

Tarikh Terbit:

Feb, 2016

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Jika ditanyakan kepada manusia siapakah orang yang baik, kita akan temukan pelbagai jawapan. Tentu sahaja berbeza-beza jawapannya mengikut prinsip dan sistem nilai masing-masing. Hingga dengan itu jawapan kepada soalan siapa orang yang baik akan menjadi sangat relatif, subjektif dan kontradiksi. Justeru, jawapan kepada soalan mengenai siapakah orang yang baik, tidak boleh dirujuk kepada manusia tetapi dirujuk kepada Pencipta manusia yakni Allah. 

Apabila kita merujuk kepada Allah (menurut al-Quran dan sunnah), orang baik itu pada dasarnya mesti mempunyai dua ciri asas. Pertama, mempunyai kelakuan yang baik. Kedua, mampu melaksanakan pekerjaan atau peranannya dengan baik.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya ada sejenis pokok yang keberkatannya laksana keberkatan seorang Muslim.” (Riwayat al-Bukhari)

Muslim disifatkan berkat kerana sikapnya yang sentiasa memberi manfaat kepada makhluk sejagat dalam setiap saat. Seperti pokok kurma, setiap incinya menjadi manfaat. Buahnya sejak masih muda sudah boleh dimakan. Bahkan sebelum itu lagi, putik dan bunganya juga dijadikan ubat.

Begitulah juga seorang Muslim. Di mana dan bila-bila sahaja dia memberi manfaat. Hatinya baik menenangkan orang di sekelilingnya. Fikirannya menyelesaikan masalah. Keberadaannya menggembirakan orang. Kata-katanya memberi inspirasi dan pedoman. Perbuatannya membantu, dan tindak tanduknya diteladani.

Usaha untuk menjadi orang yang baik ialah perjuangan nafas panjang. Sekali baik, belum tentu baik selamanya. Ada yang patah di tengah jalan. Ada yang tertipu di hujung jalan. Betapa hawa nafsu dan syaitan akan sentiasa berusaha untuk menggagalkan manusia baik hingga saat sakaratulmaut. Oleh itu program untuk menjadi dan berterusan menjadi orang yang baik mesti disusun dan dilaksanakan sepanjang hayat.

Akhirnya berdoalah agar Allah memudahkan jalan menuju-Nya. Jangan sekali-kali lupa akan kekuatan dan keberkesanan doa. Doa ialah permulaan dan pengakhiran dalam perjuangan menjadi orang yang baik. Doa itu senjata. Doa itu penawar. Doa itu perisai. Doa itu bekalan.

Maka jangan berhenti berdoa seiring langkah mujahadah menjadi orang yang baik. Ingatlah, walaupun menjadi orang yang baik itu sangat sukar tetapi menjadi orang yang jahat jauh berganda-ganda lebih sukar.

Isu-isu bulan ini

Bagaimanakah Menjadi Orang Baik

Untuk membaiki dunia, maka baikilah manusia. Hal ini kerana manusialah yang mencorakkan dunia. Justeru kini, apabila peperangan sering berlaku, keadaan ekonomi semakin celaru dan banyak bencana alam angkara kelalaian dan dosa manusia, maka usaha pembaikan mesti dilakukan. Kita mesti berusaha menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik untuk terus dihuni dengan membaikkan manusia yang hidup di atasnya. 

Harga Untuk Menjadi Orang Baik

Setelah mengetahui orang yang baik, barulah kita dapat mencari jawapan kepada persoalan kepada bagaimana hendak menjadi orang baik.

Orang Baik Tahu

Orang baik ialah orang yang baik dengan Allah, dan baik juga dengan makhluk. Orang baik ialah orang cerdik. dia penuh sedar bahawa tidak ke mana-mana dia hanya baik dengan allah tetapi tidak dengan makhluk. Dia juga maklum bahawa sia-sia sahaja jika hanya baik dengan makhluk tetapi tidak dengan Allah.

Adakah Kita Hamba Al-Rahman

Kita hamba Allah al-Rahman. Sekurang-kurangnya itulah hakikat diri. Dan itu juga yang wajib kita akui. Namun adakah kita benar-benar hamba al-Rahman pada pandangan Rabbulizzati? Ayuh kita selidik melalui set ujian di bawah. Set ujian personaliti berikut diinspirasikan daripada ayat 63 hingga 76 surah al-Furqan yang kita baca sebelum ini. Pembaca juga boleh mengolah bentuk ujian tersendiri. Semoga set ujian ini dapat menjadi ala

Review/Pertanyaan Majalah