Allah Dekat Tiada Gawat

Nombor Isu:

90

Tarikh Terbit:

Apr, 2016

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Hidup adalah untuk diuji. Supaya dengan ujian itu, terbukti keimanan seorang hamba kepada Tuhannya. Apabila lulus ujian, barulah kita layak menjadi hamba Allah yang sebenar dan dihadiahkan syurga.

Apabila diuji manusia akan berusaha untuk menangani ujian- ujian itu dengan menggunakan akal fikiran, tenaga dan seluruh upayanya. Namun setelah berusaha semaksimumnya, namun masalah tidak selesai-selesai juga, maka ketika itu timbul harapan dalam hati agar ada satu kuasa lain yang akan membantunya untuk mengatasi masalah-masalah itu.

Keinginan dan harapan manusia kepada tuhan apabila berdepan dengan pelbagai ujian yang sukar diatasi jika terisi dengan benar, baik dan betul, akan memberi ketenangan. Bagi orang Mukmin mereka akan mendapat ketenangan apabila “merujuk” kepada Allah setiap kali ditimpa masalah.

Bagi menyelesaikan kegawatan ekonomi, politik, sosial, virus penyakit serta ancaman neokolonialisme di Malaysia kini pula mestilah dirujuk kepada prinsip- prinsip yang ditentukan Allah dan teladan yang ditunjukkan Rasulullah. Untuk itu wajib pulalah kita merujuk kepada generasi pertama al-Quran, yakni para sahabat Rasulullah ketika mereka menghadapi kegawatan dalam hidup.

Setiap kali kegawatan terjadi Rasulullah dan para sahabat semakin mendekatkan diri mereka kepada Allah. Bila Allah dekat, ketenangan, perpaduan dan kekuatan datang. Ya, kegawatan-kegawatan dalam hidup
umpama ombak yang kuat. Namun, manusia lebih kuat daripada “ombak” itu sekiranya hati mereka berpaut kepada Allah. Insya-Allah, Allah dekat, tiada gawat!

Isu-isu bulan ini

Bila Allah Dekat Tiada Gawat

Hidup adalah untuk diuji. Supaya dengan ujian itu, terbukti keimanan seorang hamba kepada Tuhannya. Apabila lulus ujian, barulah kita layak menjadi hamba Allah yang sebenar dan dihadiahkan syurga.

Lagi Gawat Lagi Semangat

"Kita sebenarnya sentiasa berdepan dengan peluang hebat demi peluang hebat menjelma dalam bentuk situasi-situasi sukar." Saya suka kata-kata ini! Saya juga suka kata-kata ini: "Dalam hidup ini kita tidak ubah seperti sedang mendaki bukit. Kita boleh menyanyi sambil mendaki, atau merungut kerana sakit kaki. Mana satupun, kita tetap perlu mendaki.

Lagi Gawat Lagi Dekat

Kesemua tindakan yang dinyatakan menggambarkan satu sikap unik seorang Mukmin; Ketika senang dia bersyukur, ketika susah dia bersabar. Dalam kata lain, ketika senang dia tidak lupa daratan, ketika gawat dia tetap bertahan. Atau dalam istilah popular pada hari ini, berfikiran positif.

Yang Dekat Lagi Gawat

Kiamat. Ini satu lagi perkara yang wajib kita rasa dekat. Seperti beriman dengan Allah, beriman dengan akhirat juga menuntut kita meyakini bahawa kiamat itu dekat. Sekian banyak kali Allah dan nabi menekankan hal ini.