Sesegar Ramadan Ahli Badar

Nombor Isu:

92

Tarikh Terbit:

Jun, 2016

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Berbekal Semangat Ahli Badar

Perang Badar ialah detik yang paling menentukan dalam sejarah Islam. Kemenangan tentera Islam buat pertama kali dalam perang bersenjata melawan musuh sangat memberi kesan kepada perkembangan Islam seterusnya. Kemenangan ini merupakan satu turning point ke arah membuktikan bahawa Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam.

Perang Badar yang begitu signifikan dalam sejarah kemenangan Islam untuk masa hadapan itu berlaku pada bulan Ramadan. Tentulah ini bukan berlaku secara kebetulan. Tidak ada kebetulan di sisi Allah, bahkan setiap yang ditentukan-Nya pasti mempunyai tujuan yang tersendiri. Tentu ada pengajaran yang boleh kita ambil dan teladani daripada perang yang hebat dalam sejarah Islam ini.
Ketika kini, Amerika menjadikan Iraq sebagai bidak dalam percaturan kuasa di Timur Tengah, Rusia pula memperkuda rejim Assad di Syria. Umat Islam
di seluruh dunia seharusnya sedar dan bangkit membina kekuatan dalaman (melalui puasa) agar mempunyai kekuatan dan semangat seperti ahli Badar. Yakni mereka yang berjuang benar-benar kerana Allah, bukan kerana marah, dendam dan hasad?

Subhanallah, semoga Ramadan yang akan datang ini kita gunakan sepenuhnya untuk mendidik hawa nafsu. Marilah kita berpuasa dengan semangat ahli Badar, yakni mereka yang berperang
melawan musuh lahiriah setelah melalui proses tarbiah melawan hawa nafsu. Hingga dengan itu layak mereka mendapat bantuan para malaikat kerana kesucian hati mereka.

Isu-isu bulan ini

Mujahadah Ramadan Menuju Hihad Badar

Perang Badar ialah detik yang paling menentukan dalam sejarah Islam. Kemenangan tentera Islam buat pertama kali dalam perang bersenjata melawan musuh sangat memberi kesan kepada perkembangan Islam seterusnya. Kemenangan ini merupakan satu turning point ke arah membuktikan bahawa Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam.

Ramadan Pertama Bersama Ahli Badar

Yang pertama selalunya istimewa. Begitulah juga dengan Ramadan pertama dalam Islam. Terus dalam kali pertama itu juga Allah takdirkan berlakunya perang Badar! Lagi menambahkan keistimewaannya. Seakan-akan Allah ingin menetapkan itulah model Ramadan terbaik. Lalu mana-mana hamba-Nya yang berhasrat menjadikan Ramadan terbaik. Lalu mana-mana hamba-Nya yang berhasrat menjadikan Ramadan yang akan dilaluinya adalah yang terbaik, maka belajarlah daripada Ramadan tersebut.

16 Pelajaran Ramadan Daripada Ahli Badar

Hingga pada saat ini, mungkin berpuluh-puluh ribu orang dan beratus-ratus syarikat di seluruh dunia sedang mengkaji dan mengamalkan Art of War karangan Sun Tzu. Bukan untuk berperang tetapi dimanfaatkan dalam perniagaan, sukan, politik mahupun perhubungan sosial dan komunikasi peribadi. Ajaib bukan bagaimana strategi perang boleh diaplikasikan dalam lapangan kehidupan yang lain. Sungguh akal manusia yang dibekalkan Allah berupaya belajar dan mengadaptasinya daripada apa sahaja. Asal ada kemahuan.

5 Mukjizat Badar

Ramadan pertama ialah yang teristimewa. Istimewanya terbaik. Ramadan itu dengan perang Badar. Dan istimewanya perang Badar dengan sekian banyak babak istimewa yang terjadi sepanjang kronologinya. Maka semakin banyak babak istimewa ini kita ketahui, akan semakin istimewa Perang Badar akan kita rasai. Sekali gus semakin istimewa Ramadan itu terasa dihati. Lalu kita berimpian dan berusaha agar Ramadan kita sesegar Ramadan pertama.