Biar Selamat Dari Khurafat

Nombor Isu:

96

Tarikh Terbit:

Oct, 2016

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Sekuat-kuat dan sebijak-bijak mana pun manusia, dia tetap tidak mampu berlepas diri daripada Allah. Dia perlu solat, sebagai cara menghubungkan dirinya dengan Allah. Jika tidak dengan pelbagai masalah dan cabaran hidup dia akan mengalami keluh-kesah.

Namun, perlu diingat, dalam berdoa juga Allah masih menguji manusia. Bukankah doa itu juga hakikatnya satu amal soleh. Ada kalanya, doa lambat diperkenankan. Ada kalanya pula lain yang kita minta, lain pula yang diberikan. Sesuatu yang kita tidak jangka, pinta dan sangka kerap berlaku dalam hidup. Maka pada waktu itulah hati kita diuji.

Mungkin kerana ingin segera mendapat apa yang diinginkan, maka ada manusia yang lupa daratan lalu beralih arah menyembah dan memohon kepada tuhan yang lain. Atau memilih ‘jalan pintas’ untuk mendapat apa yang diidamkan. Bagi mereka seolah-olah tuhan lambat, tuhan tidak tahu atau tuhan tidak mahu memberikan apa yang mereka inginkan. Ketika itu terbukalah pintu syirik dan khurafat.

Datanglah syaitan membisikkan ke dalam hatinya, agar mencari selain Allah untuk menyelesaikan masalah dan menunaikan hajatnya. Lalu diambillah azimat, tangkal, “orang suci”, bomoh dan lain-lain elemen khurafat untuk memenuhi hajat.

Tegasnya, akal manusia tidak pernah sempurna. Justeru, dengan ketidaksempurnaan itu akal mesti diikat dengan akidah yang kuat. Hanya dengan itu, akal tidak akan terbabas ke jalan khurafat yang pada hakikatnya jalan itu sangat bertentangan dengan fitrah akal itu sendiri!

Isu-isu bulan ini

Punca Syirik Kaum Ibrahim

Jika melampau menyanjung tokoh punca syirik kaum nabi nuh, khurafat pula punca syirik kaum nabi Ibrahim. dalam al-quran kesyirikan dua kaum nabi ini paling diperincikan. Tentu itu isyarat buat kita, jika benar-benar kita membaca al-quran.

Khurafat dalam al-Quran

Bukan tentang unsur-unsur khurafat al-Quran tetapi contoh-contoh khurafat yang disebut dalam al-Quran. Kita sering melaungkan “kembalilah kepada al-Quran dan al-sunnah”. Itulah penyelesaian untuk semua masalah manusiawi. Nah, dalam isu khurafat ini, soalan pertama yang terdetik, “adakah Allah menyebut tentang khurafat dalam al-Quran?”

Agar Selamat Dari Khurafat

Mungkin kita belum selamat daripada khurafat!” Setelah dikupas tentang hakikat khurafat dalam al- Quran dan sejarahnya, jika ayat di atas yang terdetik di fikiran, baguslah! Ini cara fikir sahabat Nabi, Huzaifah al- Yamani. Masih ingat kata-kata beliau? Beliau berkata: “orang ramai biasa bertanya Rasulullah tentang perkara baik. Namun aku bertanya Baginda tentang perkara buruk kerana takut perkara itu kena padaku.” (Riwayat al-Bukhari)

Khurafat Moden

Tidak habis jika hendak disenaraikan perkara khurafat. Apa lagi khurafat pasti bertambah. Khurafat tidak pernah mati kerana itu cabang syirik. Itulah senjata syaitan bahkan yang paling berkesan. Syaitan sudah berikrar untuk menyesatkan manusia selagi hayatnya dikandung badan.

Review/Pertanyaan Majalah