Agar Rezeki Tidak Lagi Misteri

Nombor Isu:

99

Tarikh Terbit:

Jan, 2017

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Sudah tabiat apabila disebut rezeki, kita terus membayangkan harta dan duit. Walhal harta dan duit hanyalah satu daripada beribu-ribu bentuk rezeki yang kita terima daripada Allah. Kupasan Solusi kali ini akan cuba meluaskan pandangan tentang rezeki.

Rezeki ada yang jenis zahir dan batin. Rezeki zahir ialah rezeki yang bersifat kebendaan dan boleh dilihat. Rumah, duit, emas, makanan dan sebagainya. Selalunya rezeki jenis ini yang besar di mata kepala dan hati kita sehingga tidak nampak rezeki jenis kedua; suasana aman, pengalaman, ilmu dan sebagainya.

Semoga dengan sentiasa saling mengingati soal rezeki, kita kekal menjadi Mukmin sejati. Mukmin sejati ialah orang yang paling memahami soal rezeki. Semoga kupasan Solusi kali ini membantu

Isu-isu bulan ini

Misterikah Rezeki?

Kita tidak tahu mana satu jenis rezeki yang kita dapat; rezeki dicari atau rezeki mencari. Dalam pada itu kita juga tidak tahu berapa kadarnya yang kita dapat; tahu-tahu dapat, sedar-sedar sudah pergi. Inilah misteri rezeki jika kita hendak katakan begitu. Maka adalah salah orang yang menyangka semua rezekinya jenis rezeki mencari. Lalu dia tidak berusaha dengan sebetulnya. Atau usaha ala kadar tetapi berharap lebih. Akhirnya orang ini tetap miskin dan mundur.

Boleh Jadi Rezeki Kita Kerana Mereka

Perkara ini ialah satu hakikat penting tentang rezeki yang mungkin ramai antara kita tidak sedari. Contohnya selama ini kita merasakan rezeki anak-anak daripada perantaraan kita. Maklumlah kita yang memberi makan minum dan pakaian mereka. Dalam tidak sedar sebenarnya kita yang menumpang rezeki mereka.

Yang Lebih Penting Berkat

Berkat kalimah Arab yang bermaksud subur dan bertambah. Maka rezeki yang berkat bermaksud manfaatnya subur dan berkembang melebihi nilai muka rezeki itu sendiri. Manfaat- manfaat rezeki boleh jadi dalam bentuk zahir mahupun batin. Mukmin melihat rezekinya bukan pada soal banyak-sedikit, tetapi soal berkat atau tidak.