Tentang Kami

Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd.

Pengenalan

Telaga Biru Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1997. Diasaskan oleh Tuan Hj. Waharp Yusoff yang mempunyai pengalaman melebihi 30 tahun dalam industri muzik dan audio visual. Penubuhannya adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bagi santapan minda dan rohani melalui sumber-sumber berbentuk lisan, audio dan visual yang di sampaikan melalui kaset, CD VCD, DVD, buku dan majalah. Usaha ini dibuat agar Muslim dan Muslimat dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk membentuk fikrah yang murni di samping medekatkan diri kepada Allah dan Rasul-Nya

Misi/Objektif

Menerbitkan bahan media cetak dan media eletronik serta khidmat latihan yang tulus, holistik, ilmiah, professional dan praktikal bagi membangunkan sumber manusia yang berilmu, beramal dan bertakwa dengan menawarkan produk serta perkhidmatan seiring dengan pembangunan teknologi dan industri yang terkini.

Visi

Kami bertekad untuk menjadi sebuah syarikat penerbitan dan perundingan yang bertaraf antarabangsa dengan menyediakan produkdan perkhidmatan yang berkualiti, elektif, dan efisien untuk berdakwah serta mendidik manusia ke arah mengamalkan cara hidup Islam berpandukan akidah, syariat, dan akhlak Islamiah demi kebaikan dunia dan akhirat.

Produk

Menerbitkan bahan cetak dan media eletronik yang berasaskan ilmu pengetahuan bagi santapan minda dan rohani.

Servis

Menyediakan khidmat latihan yang tulus, holistik, ilmiah, profesional dan praktikal bagi membangunkan sumber manusia yang berilmu, beramal dan bertakwa.

Pencapaian

Pelbagai pencapaian yang telah dimiliki oleh Telaga Biru sehingga kini untuk mencapai matlamat dan objektif syarikat.
Organisasi

Tn Hj Waharp Yusoff

Pengerusi
Dilahirkan pada 25 Julai 1951 di Masjid Tanah, Melaka. Beliau mendapat pendidikan melalui universiti kehidupan. Beliau menubuhkan Telaga Biru Sdn Bhd pada tahun 1997 dengan menerbitkan album nasyid kontemporari dan ceramah eksklusif. Seorang yang berjiwa besar, beliau mensasarkan untuk mengungguli bidang media, pembangunan hartanah dan sumber manusia.

Datuk Dr Hj Zahazan Mohammed

Pengarah Urusan
Mendapat pendidikan di Kolej Islam Klang pada tahun 1990 kemudian melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Universiti Yarmouk, Jordan. Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana (MA) dan Doktor Falsafah (PhD.) Linguistik dari UM. Berpengalaman sebagai pensyarah selama lebih kurang 10 tahun di UIAM. Beliau aktif dalam penulisan buku-buku ilmiah dibawah syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. dan kini menjawat jawatan Pengarah Urusan. Dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2014. Dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka pada November 2015 dan membawa gelaran Datuk.

Pn. Hjh Azizah Mohammed

Pengarah Kewangan
Beliau merupakan lulusan Universiti Malaya dalam bidang Bachelor (SC & ED). Mempunyai pengalaman dalam bidang perakaunan selama 12 tahun dan mulai menyertai syarikat Telaga Biru Sdn Bhd sebagai Pengarah Kewangan dan Pentadbiran sejak tahun 1999. Beliau juga bertanggungjawab dalam menguruskan semua transaksi kewangan syarikat supaya berjalan lancar dan teratur.
Bersama