KOD : TBBK1333 BILANGAN M/S : 276 SAIZ : 21cm x 14cm x 1.7cm ANGGARAN SAIZ : A5 MUKA BUKU : Soft Cover WARNA DALAM : Hitam Putih NAMA PENULIS : Mohd Aizam Mas’od
KELEBIHAN
Menampilkan pendekatan yang lebih ilmiah dan mudah difahami bagi memberi kefahaman yang mendalam tentang persoalan akidah dalam kalangan umat Islam.
Menjawab segala persoalan yang biasanya berkait dengan sosiokehidupan masyarakat Malaysia khususnya mengenai akidah.
Menyentuh kepelbagaian isu serta menyediakan fakta-fakta ilmiah mengenai aliran pemikiran yang berkembang pada zaman kini seperti Syiah, Ahbash, Wahabi dan sebagainya serta menjelaskan gerakan ini secara mendalam.
Panduan kepada setiap Muslim untuk memantapkan lagi akidah yang berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bersumberkan al-Quran dan al-Sunah.
SINOPSIS “Benteng Iman” merupakan sebuah buku kompilasi artikel terbaik karangan penulis dalam majalah Al-Ustaz. Buku ini menjawab beberapa persoalan akidah semasa yang timbul dalam masyarakat Islam di negara kita. Kedudukan akidah dalam Islam merupakan asas penting kepada pembinaan sahsiah Islamiah pada diri seseorang. Menerusi buku ini, penulis telah merungkai dan meletakkan garis panduan bagi umat Islam mengenai keimanan seseorang tersebut.
Dalam keadaan dunia yang semakin terbuka, arus kepesatan maklumat yang semakin bercambah menerusi alam maya seperti Facebook, Twitter, Youtube, Whatsapp dan lain-lain, masyarakat kita semakin banyak disogokkan dengan pelbagai info yang belum tentu sahih atau tidak. Bagi mereka yang mempunyai daya tapisan, maka akan disemak kebenaran sesuatu info lebih-lebih lagi dalam persoalan yang menyentuh akidah.
Namun, bayangkan bagaimana dengan mereka yang menerima sahaja apa-apa jua info yang disampaikan tanpa mengira kesahihan mahupun kebatilannya dari sudut akidah?
Jangkaan kos penghantaran
Sekuriti & Pembayaran
Maklumat pembayaran anda diproses dengan selamat. Kami tidak menyimpan segala maklumat kad anda dan kami tidak dapat akses maklumat kredit kad atau debit kad anda