KOD : TBBK1355 BILANGAN M/S : 182 SAIZ : 21cm x 14cm x 1cm ANGGARAN SAIZ : B5 MUKA BUKU : SoftCover WARNA DALAM : Berwarna NAMA PENULIS : Ustaz Hj Kamil Hj Sidek
SINOPSIS Himpunan Tazkirah Canteek 2 karya Ustaz Haji Kamil bin Haji Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kay, merupakan episod sambungan daripada Himpunan Tazkirah Canteek yang pertama. Sebuah contoh karya yang santai dan ringan namun berkesan dalam mendidik jiwa masyarakat yang dahagakan peringatan dan bimbingan.
Jelas sekali hati ini memerlukan penggilap yang merupakan pengisian ilmu dan peringatan bagi membantu membezakan antara yang halal dengan yang haram. Ilmu yang baik ialah ilmu yang dapat disampaikan dengan tepat dan padan. Padan dengan golongan sasaran. Lantas membuahkan hasil tuaian berupa amalan. Begitulah realiti masyarakat pada hari ini, ilmu dan peringatan perlu disampaikan kepada mereka dengan tepat, padat, santai dan ringan. Bertepatan dengan nukilan hukama, "Sebaik-baik ucapan ialah ucapan ringkas dan membawa erti yang mendalam."
Jangkaan kos penghantaran
Sekuriti & Pembayaran
Maklumat pembayaran anda diproses dengan selamat. Kami tidak menyimpan segala maklumat kad anda dan kami tidak dapat akses maklumat kredit kad atau debit kad anda