KOD : TBBK1215
BILANGAN M/S : 144
SAIZ : 18.5CM X 11.5CM X 1CM
ANGGARAN SAIZ : A5
MUKA BUKU : SOFT COVER
WARNA DALAM : Hitam Putih
NAMA PENULIS : ZAID AKHTAR
SINOPSIS:
Kumpulan Cerpen Bayu Dingin Mediterranean menghimpunkan 15 buah cerpen yang rata-ratanya berlatarbelakangkan suasana kehidupan Timur Tengah. Himpunan cerpen ini digarap dengan penuh berhemah oleh penulis yang berbakat besar, Zaid Akhtar sebagai usaha melaksanakan tanggungjawab dakwahnya. Penginterpretasian mesej yang ringkas dan menarik dapat mendidik pembaca menggunakan kebijaksanaan menyelongkar makna tersirat.
- Bayu Dingin Mediterranean mengungkap erti-erti perjuangan. Perjuangan hadir dalam diri setiap manusia. Perjuangan secara literasinya menampakkan ciri-ciri semangat juang berbekalkan senjata di tangan.
- Namun, perjuangan bukan pertempuran di medan perang sematamata. Sebaliknya, Zaid Akhtar menginterpretasikan perjuangan dalam segenap aspek kehidupan manusia. Perjuangan mempertahankan hak kemanusiaan yang dirampas sewenangnya, perjuangan memperteguh nafsu kendiri, perjuangan meraih cinta dan kasih sesama manusia, perjuangan mendedahkan dan menegakkan sebuah kebenaran dan perjuangan abadi mengharap cinta Allah dan Rasul-Nya.