KOD : TBBK1355 (2016)
BILANGAN M/S : 182
SAIZ : 21cm x 14cm x 1cm
ANGGARAN SAIZ : B5
MUKA BUKU : SoftCover
WARNA DALAM : Berwarna
ISBN : 978-967-388-231-1
NAMA PENULIS : Ustaz Hj Kamil Hj Sidek
SINOPSIS
Himpunan Tazkirah Canteek 2 karya Ustaz Haji Kamil bin Haji Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kay, merupakan episod sambungan daripada Himpunan Tazkirah Canteek yang pertama. Sebuah contoh karya yang santai dan ringan namun berkesan dalam mendidik jiwa masyarakat yang dahagakan peringatan dan bimbingan.
Jelas sekali hati ini memerlukan penggilap yang merupakan pengisian ilmu dan peringatan bagi membantu membezakan antara yang halal dengan yang haram. Ilmu yang baik ialah ilmu yang dapat disampaikan dengan tepat dan padan. Padan dengan golongan sasaran. Lantas membuahkan hasil tuaian berupa amalan. Begitulah realiti masyarakat pada hari ini, ilmu dan peringatan perlu disampaikan kepada mereka dengan tepat, padat, santai dan ringan. Bertepatan dengan nukilan hukama, "Sebaik-baik ucapan ialah ucapan ringkas dan membawa erti yang mendalam."